by Oh! Semput

KUALA KANGSAR – Kemalangan membabitkan sebuah lori tangki dan kereta di Kilometer (km) 256 Lebuhraya Utara-Selatan, arah utara pagi tadi menyebabkan kesesakan hampir 12 km.
Nahas berhampiran Terowong Menora pada jam 8.30 pagi itu menyebabkan lori tangki melintang di tengah lebuh raya hingga mengakibatkan laluan terhalang.
Sementara itu, jurucakap polis berkata, maklumat awal memaklumkan pemandu lori cedera parah di kepala, namun identiti mangsa belum dikenal pasti setakat ini.
Laluan Terowong Menora arah utara turut ditutup dan kenderaan perlu membuat pusingan U untuk keluar di Ipoh melalui Jalan Persekutuan ke Kuala Kangsar. – Berita Harian