Sony Naikkan Harga PS5, PS5 Pro, PlayStation Portal

by Oh! Semput


7
SHARES
95
VIEWS
Posted on 27 Mar 2026 14:30:28

Sony kini mengumumkan kenaikan harga bagi konsol PlayStation 5, PlayStation 5 Pro serta PlayStation Portal untuk pasaran global.

Perubahan harga akan mula berkuat kuasa pada 2 April 2026, melibatkan beberapa pasaran utama seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Eropah dan Jepun.

Di AS, harga baharu PS5 kini ditetapkan pada $649.99, meningkat berbanding harga pelancaran sekitar $499.99. PS5 Digital Edition pula meningkat kepada $599.99, manakala PS5 Pro berharga $899.99 berbanding $699.99 sebelum ini.

Bagi pasaran Asia Tenggara termasuk Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina dan Vietnam, Sony memaklumkan harga baharu serta tarikh pelaksanaan akan diumumkan kemudian.

Menurut Sony, keputusan untuk menaikkan harga di peringkat global ini dibuat susulan tekanan berterusan dalam landskap ekonomi global.

Syarikat itu turut menjelaskan perubahan harga ini dilakukan selepas penilaian teliti bagi memastikan ia dapat terus menawarkan pengalaman permainan yang inovatif dan berkualiti tinggi kepada pengguna di seluruh dunia.

{suggest}

Sony Naikkan Harga PS5, PS5 Pro, PlayStation Portal WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts