Najib: PM India seorang reformis

by Oh! Semput


9
SHARES
123
VIEWS
Posted on 14 Dec 2016 11:00:20

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memuji rakan sejawatannya dari India Narendra Modi kerana keberanian melaksanakan pembaharuan.

“Jika anda cukup berani untuk melakukan pembaharuan anda akan mendapat ganjaran dalam masa terdekat,” kata Najib kepada Modi dalam satu persidangan video di Kuala Lumpur hari ini.

Modi baru-baru ini telah memulakan langkah pembaharuan yang drastik untuk menangani rasuah, dengan mengharamkan penggunaan wang kertas Rs500 dan Rs1,000.

Terdahulu dalam ucapannya, Modi melahirkan keyakinan terhadap kepimpinan Najib.

“Di bawah kepimpinan PM Malaysia, negara ini akan mencapai status negara maju pada tahun 2020.

“Ia juga telah menunjukkan daya tahan yang hebat dalam menghadapi iklim ekonomi semasa,” kata perdana menteri India itu.

Najib dan Modi berucap di Perhimpunan Pemimpin Perniagaan Asia Economic Times, yang akan berlangsung sehingga esok.

Acara ini bertujuan untuk menjalin hubungan perniagaan yang lebih baik antara negara-negara Asia.

Category: Semasa

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts