Najib rai presiden Sri Lanka di Seri Perdana

by Oh! Semput


3
SHARES
37
VIEWS
Posted on 16 Dec 2016 16:00:17

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meraikan Presiden Sri Lanka Maithripala Sirisena, yang sedang melakukan lawatan rasmi ke negara ini, dalam majlis makan malam di Kompleks Seri Perdana di Putrajaya.

Najib menyambut Sirisena sebaik tiba di Seri Perdana dan mempersilakan Presiden itu ke Dewan Bankuasi tempat majlis makan malam rasmi itu diadakan.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Manusia Datuk Seri Richard Riot, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, Timbalan Menteri Pelancongan Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Alwi Ibrahim.

Tetamu dihiburkan dengan persembahan muzik dan tarian oleh anak-anak Permata Seni.

Terdahulu hari ini, Najib dan Sirisena menyaksikan majlis pemeteraian lima memorandum persefahaman (MoU) iaitu kerjasama dalam bidang berkaitan aktiviti pelancongan; pembangunan belia; kebudayaan, kesenian dan warisan; MoU berkaitan pengambilan, penggajian dan penghantaran balik pekerja; dan MoU antara Majlis bagi Dasar Penyelidikan Pertanian Sri Lanka (SLCARP) dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) berkaitan kajian saintifik dan kerjasama teknikal.

Sirisena tiba pada Khamis untuk melakukan lawatan sulung tiga hari ke Malaysia sejak menjawat jawatan itu pada Januari tahun lepas.

– Bernama

Category: Semasa

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts