by Oh! Semput
Nazim baharu sahaja mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Bella Dally.
Dalam kejadian kira-kira 11 malam itu, kereta Nazim dilaporkan dilanggar dari belakang dan menyebabkan kepalanya terhentak.
Meskipun tidak mengalami sebarang kecederaan, Nazim akui dia sedikit bimbang sekiranya hentakan itu boleh memberi kesan pada otaknya.
Nazim sebelum ini pernah menjalani pembedahan kerana ada ketumbuhan di otak.
“Syukur tiada kecederaan serius di badan. Cuma kepala sahaja yang terhantuk ketika kejadian.
“Saya risau jika ia memberi kesan kepada otak apatah lagi sebelum ini pernah menjalani pembedahan,” katanya kepada Harian Metro.
Ketika kejadian, difahamkan hero drama Lara Aishah ini baru sahaja selesai menjalani penggambaran dan sedang dalam perjalanan pulang ke rumah.
Kereta Nazim turut mengalami kerosakan pada bahagian yang dilanggar.