Nazri Cabar Tun Dr Mahathir Atau Muhyiddin, Bertanding Di Padang Rengas

by Oh! Semput


7
SHARES
89
VIEWS
Posted on 04 Mar 2017 16:03:22


PADANG RENGAS: Anggota Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini mencabar bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bertanding di Parlimen tersebut pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).  

Nazri, juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, membuat cabaran itu selepas dimaklumkan Dr Mahathir akan turun ke Padang Rengas bagi menyertai siri jelajah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hujung bulan ini. 

Katanya sekiranya Dr Mahathir enggan bertanding di Padang Rengas, cabaran tersebut dibuka kepada Presiden Penaja PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

"Saya difahamkan Muhyiddin akan datang ke sini pada 23 Mac ini dan diikuti oleh Dr Mahathir pada 25 Mac. "Saya nak ucapkan selamat datang dan saya alu-alukan mereka tetapi jangan hanya datang...mereka mesti bertanding di Padang Rengas, lagi elok kalau Mahathir bertanding tapi kalau tak boleh biar Muhyiddin lawan saya," katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perjumpaan pemimpin bersama Ahli Persatuan Ibu Tunggal Parlimen Padang Rengas di Dewan Pusat Khidmat Kampung Kubang Panjang di sini, Sabtu. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts