by Oh! Semput
Perkongsian pelakon dan usahawan terkenal, Neelofa mengenai sebuah papan pemotong dapur mencuri perhatian netizen kerana reka bentuknya yang begitu unik.

Menerusi hantaran yang dikongsikan semula di Threads itu, ramai memuji rekaan papan pemotong berkenaan yang dilihat moden, praktikal dan memudahkan urusan penyediaan makanan di dapur.
Bagaimanapun, keterujaan netizen bertukar sebaliknya selepas mengetahui harganya mencecah RM2,831 bagi pilihan material walnut seperti dipaparkan dalam tangkap layar yang dikongsikan salah seorang peminat.