by Oh! Semput
Amerika Syarikat pada tahun awal tahun ini telah melakukan pengambil-alihan operasi TikTok di negara tersebut secara paksa-rela daripada pihak Bytedance – memetik mengatakan ia membawa kepada masalah keselamatan negara sekiranya dimiliki oleh syarikat berpusat di China. Hasilnya, ByteDance kini mempunyai pegangan sedikit pada operasi TikTok di Amerika Syarikat, sementara syarikat tempatan di Amerika mempunyai pegangan majoriti terhadap platform sosial tersebut.
Mengikut langkah sama, kini Jerman dan Austria mencadangkan supaya operasi TikTok di Eropah turut diambil-alih dibawah Eropah, sekaligus memastikan data dan sebagainya dimiliki oleh rantau berkenaan.
Di Eropah, TikTok mempunyai sekitar 200 juta pengguna. Buat masa ini, ia sekadar cadangan awal oleh dua buah negara dibawah Kesatuan Eropah. Sekiranya perkara ini berlaku juga, tidak mustahil kita melihat negara-negara atau kelompok negara lain turut mencadangkan perkara sama.