Negeri Sembilan Umum Pemberian Khas RM500

by Oh! Semput


3
SHARES
36
VIEWS
Posted on 05 Dec 2016 06:01:03

SEREMBAN – Pemberian khas sebanyak RM500 kepada lebih 6,000 kakitangan awam di Negeri Sembilan termasuk mereka yang berkhidmat di badan berkanun negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT), akan dibayar akhir bulan ini.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata pemberian khas itu sebagai menghargai jasa dan khidmat bakti atas kecemerlangan kakitangan awam dalam menyempurnakan tugasan dengan baik.

“Saya ingin terus menyeru kepada semua penjawat awam di negeri ini untuk lebih proaktif, bersedia menawarkan perkhidmatan dan mendengar sendiri keluh-kesah rakyat,” katanya ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan 2017 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Mohamad berkata penjawat awam di negeri ini merupakan tulang belakang kepada kejayaan perancangan yang disediakan kerajaan.

“Bagi pihak kerajaan negeri, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan ke atas daya usaha semua penjawat awam di negeri ini yang telah bersama-sama menggalas amanah untuk memakmurkan negeri dan mensejahterakan rakyat,” katanya. – BERNAMA

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts