Netflix Diramal Capai 400 Juta Pelanggan Menjelang 2031

by Oh! Semput


3
SHARES
41
VIEWS
Posted on 15 Jun 2026 04:00:18

Netflix diramal akan mencapai hampir 400 juta pelanggan menjelang 2031, sekali gus mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju global penstriman berbayar.

Menurutl laporan Omdia, Netflix dijangka terus unggul kerana skala dan capaian globalnya dengan jumlah penonton bulanan Netflix bakal melepasi 1 bilion menjelang 2027, menjadikannya platform penstriman berbayar paling berpengaruh di dunia.

Dalam masa sama, penggabungan platform lain seperti HBO Max dan Paramount+ berpotensi mencipta pesaing besar dengan sekitar 175 juta pelanggan menjelang 2031.

10 Platform penstriman video berbayar paling popular menurut Omdia.

Selain itu, YouTube dijangka mencapai 2.7 bilion pengguna aktif bulanan pada 2026, jauh mengatasi mana-mana platform penstriman tunggal, sekali gus mengukuhkan peranan sebagai kuasa utama televisyen moden.

Analisis Omdia menunjukkan, trend masa depan penstriman akan dipacu oleh konsolidasi, model sokongan iklan, tawaran kepelbagaian kandungan, serta persaingan sengit untuk perhatian pengguna.

Pada masa yang sama landskap penstriman akan semakin kompleks dengan kehadiran pesaing baharu dan dominasi YouTube.

“Persaingan tidak lagi terhad kepada penstrim lawan penstrim. Netflix kekal sebagai platform penstriman langganan yang dominan, sementara YouTube menjadi kuasa berpengaruh dalam televisyen kerana ia terus menarik penonton, pencipta dan kandungan premium.” Rua Aguete, Ketua Media & Hiburan, Omdia.

{suggest}

Netflix Diramal Capai 400 Juta Pelanggan Menjelang 2031 WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts