Netizen Terharu Lelaki Buta Teman Isteri Tengok Wayang

by Oh! Semput


HOME Posted on 13 Dec 2016 20:00:59



SAYU hati rasanya tatkala membaca kisah mengenai seorang suami cacat penglihatan namun masih tetap ingin menemani isterinya untuk menonton wayang bersama.

Dikongsikan oleh Myra Mimi menerusi halaman Facebook, kejadian tersebut berlaku di Sunway Pyramid ketika dia berada di lokasi majlis pelancaran Satin Skin di TGV Sunway Pyramid, baru-baru ini.

Menurut Myra, ketika majlis pelancaran itu berlangsung, dia terlihat seorang lelaki bertongkat bersama seorang wanita datang menghampiri premis panggung wayang itu.

Berdasarkan perbualan mereka, Myza mengetahui si suami ingin menemani isterinya menonton filem, biarpun dia tidak mampu melihat.

oku-wayang2

Pada awalnya, si isteri; Suhana, 26, menjadi teragak-agak kerana gusar orang ramai akan memandang serong kedatangan mereka dan mungkin juga akan ada insan yang tidak berhati perut akan mentertawakan suaminya.

Namun, biarpun sedar akan kekurangan diri, si suami, Wan Muhammad yang berusia 29 tahun tetap berkeras untuk menemani isterinya menonton filem di panggung tersebut.

Wan Muhammad sedar bahawa dia tidak mampu menikmati filem seperti orang normal lain, tapi apa yang lebih penting baginya adalah dia mampu untuk menggembirakan hati isterinya.

Tersentuh hati dengan perbualan pasangan itu, Myza mendekati mereka dan menyatakan hasrat beliau untuk menghadiahkan pas VIP untuk mereka menonton di panggung tersebut.

“Saya tersentuh dengan cinta mereka. Biarpun si suami tidak mempunyai fizikal yang sempurna, dia tetap mahu menemani isterinya menonton wayang, biarpun dia hanya mampu mendengar, Ya! Dia hanya mampu mendengar sahaja..”

“Semoga Allah pelihara cinta sejati mereka dan kita semua” tulis Myza dalam nada sayu.

“Saya hadiahkan pas ini supaya mereka dapat menikmati filem dalam keadaan tenang tanpa sebarang gangguan,” tambah Myza lagi. -MYNEWSHUB.CC

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...