Neuralink Hanya Menunggu Kebenaran Untuk Memulakan Ujian Klinikal Blindsight – Elon Musk

by Oh! Semput


5
SHARES
69
VIEWS
Posted on 02 Nov 2026 10:30:50

Lebih dua tahun lalu, Neuralink telah mengumumkan pembangunan teknologi Blindsight, iaitu sebuah platform BCI yang menggunakan kamera untuk membolehkan pengguna melihat menggunakan kamera yang “disambungkan” terus kepada otak menggunakan cip implan Neuralink.

Implan retina sedia ada menggunakan laluan neural dari mata sedia ada untuk menghantar isyarat cahaya dan elektrik dari implan mata ke otak, tetapi teknologi Neuralink melalui Blindsight menggunakan kamera yang boleh menghantar isyarat elektrik kepada implan cip Neuralink didalam otak secara terus tanpa menggunakan laluan neural sedia ada.

Teknologi ini dilaporkan telahpun diuji keatas monyet dengan tindak balas positif, tetapi sehingga ini, ujian keatas manusia masih lagi belum dilakukan. Teknologi Blindsight sudahpun menerima Penetapan Peranti Penemuan Baharu dua tahun lepas dari pihak Food and Drug Authority (FDA) dan buat masa ini, sedang menunggu kebenaran untuk memulakan ujian klinikal keatas manusia.

Elon Musk mengatakan bahawa teknologi ini sudahpun sedia digunakan, dan berbeza dengan teknologi implan retina sedia ada, penggunaan bersama implan Neuralink akan membolehkan pesakit untuk bukan sahaja menyembuhkan penglihatan, tetapi juga digunakan sebagai alat input dan sensori lain seperti yang pernah diuji sebelum ini.

: Elon Musk (X)

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts