Adel AF Nikah Tamat Kontroversi

by Oh! Semput


10
SHARES
126
VIEWS
Posted on 30 Dec 2016 16:00:45


Adel AF

Adel AF

Kota Kinabalu: Bekas bintang Akademi Fantasia 2014, Adeline Joyce Masidah (Adel AF), 23, atau Adel selamat dinikahkan dengan seorang ahli perniagaan Muhammad Affan Jumahat, 29, di Taman Seri Gaya, di sini, hari ini.

Adel AF ketika dihubungi, melahirkan rasa bersyukur apabila majlis yang berlangsung di rumah pengantin lelaki itu pagi tadi berjalan lancar.

“Alhamdulillah, dengan sekali lafaz nikah, saya sah menjadi isteri kepada Affan (Muhammas Affan).

“Saya berharap pernikahan ini dapat menamatkan segala kontroversi yang melanda hubungan kami selama ini.

“InsyaAllah, majlis persandingan akan berlangsung di Tuaran, pada 1 Januari depan,” katanya.

Sebelum ini, hubungan mereka pernah hangat diperkatakan apabila Adel AF didakwa menjadi orang ketiga dalam keretakan rumah tangga Affan dengan bekas isteri.

Mereka mula berkenalan sejak setahun lalu dan mengikat tali pertunangan pada 3 Disember lalu.

Selain 200 tetamu yang terdiri dari keluarga dan sahabat handai, majlis pernikahan mereka turut dihadiri tiga anak Affan dengan bekas isteri yang berusia antara tiga hingga lima tahun.


LIKE Kami Sekarang
Untuk Terus Mengikuti Berita Pantas

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts