by Oh! Semput
Pada awal bulan lepas, kami telah melaporkan bahawa Nintendo sedang membangunkan konsol NIntendo Switch 2 yang boleh diganti baterinya dengan mudah khusus untuk pasaran Eropah.

Ini adalah untuk memastikan bahawa konsol-konsol yang dijual di pasaran tersebut akan menuruti undang-undang Kesatuan Eropah yang baru, iaitu Peraturan (EU) 2023/1542 yang mengatakan bahawa bermula 18 Februari 2027, bateri yang dipasang pada produk-produk elektronik tertentu haruslah boleh dibuka dan ditukar dengan mudah oleh pengguna untuk memudahkan lanjutan hayat peranti.
Terkini, Nintendo telah mengeluarkan kenyataan baru mengenai konsol tersebut, yang mana mereka mengesahkan bahawa penjualan konsol Switch 2 dengan bateri boleh ditukar ini sudahpun bermula pada musim panas (Jun-Ogos 2026), dan akan diperkenalkan secara berperingkat sepanjang musim luruh dan musim sejuk ini, sebelum undang-undang berkenaan produk elektronik diperkenalkan pada 18 Februari 2027.

Melihat kepada penyenaraian produk dalam kenyataan tersebut, nampaknya alat kawalan Joy-Con untuk Switch pertama akan mula dijual terlebih dahulu bermula musim panas (Jun-Ogos 2026), dengan jualan konsol Switch 2 dengan bateri yang boleh ditukar bermula pada musim luruh (September-Noember 2026), dengan alat kawalan Joy-Con 2 yang boleh diganti baterinya akan dijual bermula musim sejuk (Disember 2026-Februari 2027).

Nintendo telah memperlihatkan spesifikasi bateri baru untuk Switch 2, yang disenaraikan sebagai 5172mAH, berbanding dengan 5220mAH pada konsol Nintendo Switch 2 asal. Bateri pada Joy-Con 2 juga dilihat sedikit lebih kecil, dengan kapasiti 897mAH berbanding 1070mAH sebelum ini. Dalam pada itu, alat kawalan Nintendo 64 dan Nintendo GameCube untuk Nintendo Switch juga akan hadir dengan kemaskini sama, dan akan ditawarkan pada awal 2027.
Melihat kepada bahagian soalan yang sering ditanya (FAQ) laman tersebut, Nintendo juga mengesahkan bahawa mereka akan menghentikan penawaran produk-produk berikut kepada pengedar dan penjual di pasaran Eropah bermula pertengahan Februari 2027:
GO Plus +Menurut Nintendo lagi, mereka akan menawarkan bateri gantian untuk alat-alat kawalan ini di masa akan datang, dengan harga yang akan diumumkan kelak.
: Nintendo