Nothing Dijangka Perkenal Jam Tangan Pintar Pertama Pada Tahun Ini

by Oh! Semput


4
SHARES
47
VIEWS
Posted on 28 Jul 2026 17:03:53

Nothing, jenama telefon pintar popular yang hadir dengan rekaan yang unik, kini diperkatakan sedang mempersiapkan jam tangan pintar mereka tersendiri, dijangka diperkenalkan seawal September kelak.

CMF Watch Pro 2

Jam tangan pintar ini dijangka membawakan pelbagai elemen rekaan yang sinonim dengan Nothing – seperti pada telefon pintar dan fon telinga mereka. Jam tangan pintar ini dijangka diposisikan pada harga sedikit premium, berbanding penawaran sub-jenama CMF sebelum ini.

Mengikut desas-desus awal, jam tangan ini dijangka diperkenalkan secara terhad di beberapa buah pasaran sahaja – berkemungkinan disebabkan pengeluaran yang mungkin berkos tinggi atau sukar kebelakangan ini dalam arena peranti.

Apa pun, sama-sama kita nantikan lanjut berkenaan kejutan yang disediakan oleh Nothing melalui jam tangan pintar mereka ini kelak.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts