Nothing Phone (4b) Dilancarkan Dengan Snapdragon 6 Gen 4 dan Dwikamera

by Oh! Semput


2
SHARES
23
VIEWS
Posted on 07 Jul 2026 14:03:52

Nothing Phone (4b) akhirnya dilancarkan secara rasmi dengan ia dilengkapi skrin 6.77” OLED 120Hz, dipadankan dengan cip Snapdragon 6 Gen 4, memori 8GB RAM LPDDR4x, storan sehingga 256GB UFS 2.2 dan bateri 5,200mAh yang menyokong pengecasan 33W. Tetapi di India versi dengan bateri 6000 mAh ditawarkan kepada pelanggan.

Kamera utama terdiri daripada lensa sudut lebar 50MP f/1.8 dengan OIS dan lensa ultra lebar 8MP f/2.2. Sementara itu di hadapan sensor 16MP f/2.4 digunakan dengan ia diletakkan dalam lubang kamera. Kamera boleh melakukan rakaman video sehingga 4K 30FPS.

Peranti melepasi piawaian IP64 kalis percikan dan mempunyai pengimbas cap jari terbina dalam skrin. Ia turut tampil semula dengan butang Essential Key serta lampu Glyph yang terdiri daripada 45 lampu LED di panel belakang. Panel belakang juga mengekalkan rekaan grafik futuristik.

Sistem operasi yang digunakan ialah Nothing OS 4.1 berasaskan Android 16. Ia akan menerima kemas kini 3 versi Android dan tampalan sekuriti sehingga 6 tahun. Peranti ditawarkan dalam warna putih, hitam dan biru.

Di pasaran global hanya storan 1285GB ditawarkan dengan India sahaja menerima versi dengan storan 256GB. Harga jualan peranti bermula Rs 34,999(~RM 1500) sebuah dengan jualan dibuka 17 Julai di UK, Eropah dan India sahaja terlebih dahulu.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts