NVIDIA Dilaporkan Bersetuju Membeli Hugging Face Pada Nilai $12.9 Bilion

by Oh! Semput


3
SHARES
38
VIEWS
Posted on 27 Aug 2026 03:30:55

NVIDIA kini dilaporkan bersetuju untuk membeli Hugging Face pada nilai $12.9 bilion. Ini sekaligus membolehkan pengeluar cip terkemuka berkenaan turut mempunyai akses dan penawaran kepada perkhidmatan pengehosan model-model AI dan dataset sumber terbuka – terutamanya untuk pembelajaran mesin dan juga kecerdasan buatan.

Sebelum ini sendiri, NVIDIA sedia melakukan pelaburan pada Hugging Face bersama sejumlah pihak lain, termasuk Google. Desas-desus berkenaan pencarian pembeli baharu ini telah diperkatakan sejak minggu lepas.

Hugging Face juga turut mempunyai anak syarikat memfokuskan robotik – yang turut mengimbangi portfolio dibawah NVIDIA kelak. Secara keseluruhan, pengambilan Hugging Face akan terus memperkukuhkan kedudukan dan penawaran produk NVIDIA dalam arena kecerdasan buatan dan robotik.

Buat masa ini, NVIDIA atau Hugging Face masih belum mengumumkan hal ini secara rasminya, dan dijangka dilakukan dalam masa terdekat ini.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts