OpenAI Akan Mematikan Akses Kepada Cursor – Kerana Diambil-Alih SpaceX Bawah Elon Musk

by Oh! Semput


4
SHARES
57
VIEWS
Posted on 29 Aug 2026 17:01:04

OpenAI kini mengumumkan mereka merancang untuk menghentikan penawaran model AI mereka kepada Cursor, selari pengambil-alihan syarikat berkenaan oleh SpaceXAI milik Elon Musk. Menurut OpenAI, mereka tidak yakin yang mana SpaceX akan menggunakan teknologi mereka mengikut terma dan syarat, berdasarkan kepada pengalaman mereka dengan syarikat Elon Musk sebelum ini yang melanggar kontrak.

Perkara ini dilihat lanjutan daripada pertengkaran antara Sam Altman dan juga Elon Musk yang berlarutan kebelakangan ini. Sebelum ini, Elon Musk turut memfailkan saman ke atas OpenAI, menyatakan mereka tidak mengikut perjanjian awal pembentukkan OpenAI.

OpenAI turut menekankan yang mana sebelum ini Twitter turut melanggar kontrak mereka selepas diambil-alih oleh Elon Musk. Malah, Elon Musk turut mengaku yang xAI pernah melanggar terma dan syarat perkhidmatan OpenAI sebelum ini.

OpenAI mengatakan mereka merancang untuk menghentikan penawaran model kepada Cursor menjelang 12 November 2026 kelak.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts