by Oh! Semput
OpenAI baru-baru ini dilaporkan telah menandatangani perjanjian dengan Firmus, sebuah syarikat pembangun infrastruktur AI dari Australia untuk mendapatkan kapasiti penggunaan pusat data di Malaysia. Ia dilaporkan bahawa OpenAI akan menjadi penyewa utama untuk dua pusat data di Malaysia, dan akan kelak menguatkan kedudukan Malaysia sebagai pengendali pusat data AI terkemuka di rantau ini.
Firmus, yang disokong oleh Nvidia, kini dinilai lebih daripada US$10.5 bilion dalam pusingan pengumpulan dana terbarunya. Perjanjian itu menjadikan OpenAI sebagai pelanggan utama untuk perkhidmatan kapasiti pusat data AI mereka dan meningkatkan kapasiti kontrak Firmus merentasi semua pelanggannya kepada lebih 900 megawatt (MW).

Firmus kini mempunyai dua pusat data di Australia dan Singapura, dan lima lagi yang sedang dibina di sekitar Asia Tenggara, dimana jika kontrak yang ditandatangani sudahpun disahkan, bermakna bahawa dua daripadanya adalah di Malaysia.
Dengan pembukaan lima pusat data AI terbaru ini, Firmus juga dilaporkan akan merumahkan pemecut pemprosesan AI terbaru Vera Rubin NVIDIA di pusat-pusat data ini, menjadikan mereka lokasi pusat data AI yang bernilai tinggi, kerana kuasa pemprosesan ini akan dimanfaatkan oleh syarikat-syarikat AI besar global, seperti OpenAI.
Buat masa ini, Firmus tidak mengesahkan butiran lain kontrak tersebut, seperti tempoh kontrak dan juga nilai kontrak tersebut. Ia juga tidak diketahui lagi bilakah pusat-pusat data mereka, khususnya di Malaysia akan mula beroperasi.
: Reuters