Operasi Jenama Tenusu Milik Coca-Cola Digodam Perisian Tebusan

by Oh! Semput


3
SHARES
42
VIEWS
Posted on 17 Jul 2026 10:34:04

Coca-Cola, syarikat pengeluar minuman terkemuka di Amerika Syarikat baru sahaja mengesahkan bahawa anak syarikat tenusu mereka yang dinamakan fairlife telah menghadapi serangan godaman perisian tebusan, dan sebahagian daripada sistem operasi mereka telah terkesan.

Selepas mengesan isu tersebut, Coca-Cola dengan segera mengaktifkan protokol tindak balas insiden dan protokol keselamatan perniagaan. Mereka juga mengesahkan bahawa siasatan dan penilaian syarikat terhadap kesan insiden tersebut sedang dijalankan dengan bantuan penasihat luar dan pakar keselamatan siber.

Perihal insiden ini juga telah dilaporkan kepada penguatkuasa undang-undang untuk tindakan lanjut. Buat masa ini, skop, sifat dan kesan penuh insiden tersebut masih belum diketahui.

Menurut Coca-Cola lagi, insiden ini dilihat memberi kesan kepada sebahagian operasi pengeluaran syarikat fairlife di Amerika Syarikat, dan ini bermakna bahawa bahagian kualiti dan keselamatan produk dan juga operasi fairlife di Kanada tidak terkesan. Kenyataan tersebut juga mengatakan bahawa syarikat sedang berusaha untuk mengembalikan operasi fairlife dengan sepenuhnya.

: Coca-Cola

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts