60 orang cedera ketika tinggalkan lokasi festival muzik

by Oh! Semput


7
SHARES
93
VIEWS
Posted on 31 Dec 2016 02:00:49

MELBOURNE: Sekurang-kurangnya 60 cedera ketika orang ramai bersesak-sesak meninggalkan lokasi persembahan Festival Muzik Australia, kata polis, hari ini.

Polis Victoria berkata, 19 orang yang cedera dibawa ke hospital kerana kecederaan serius dan selebihnya hanya cedera ringan ketika penghujung persembahan Festival Musik dan Seni Musim Luruh di Victoria.

Menurut polis insiden itu bermula pada malam Jumaat ketika peminat cuba meninggalkan persembahan Band DMA Australia.

Terdapat kumpulan penonton di hadapan yang dikatakan gagal mengimbangi badan lalu jatuh.

Komander Kesihatan Ambulans Victoria, Pual Holman berkata, paramedik membantu kira-kira 60 orang yang cedera dalam rempuhan itu.

“Ada antara mereka yang patah tulang kaki, rusuk, punggung dan tulang pelvis.

“Kecederaan di kepala, mungkin tulang belakang, manakala yang lain hanya mengalami luka dan kulit melecet,” katanya. – AP

Category: Dunia

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts