Bernasib baik atau bertuah? Berpantang ajal sebelum mati. Durian runtuh? Pelbagai istilah dipakai untuk menceritakan kejadian yang menimpa sepuluh orang yang paling bertuah atau bernasib baik di dunia.
1. Lena PåhlssonLena Påhlsson kehilangan cincin perkahwinannya lebih dari 16 tahun di belakang rumahnya. Seperti kata orang, berbudi pada tanah kita akan dapat tuai hasilnya. Beruntungnya dia kerana menjumpai cincin perkahwinannya kembali dari buah lobak yang ditanamnya sendiri di belakang rumahnya.
2. Steve FlaigSeorang anak angkat , Steve Flaight mencari ibu kandungnya selama empat tahun sebelum mendapat tahu rupa-rupanya ibu kandungnya bekerja di tempat yang sama dia bekerja. Mereka bertemu kerana majikan di syarikat itu mengenali nama akhir ibu Steve.
3. Virginia FikeMenang loteri dua kali dalam hari yang sama? Virginia Fike adalah antara orang bertuah yang memenanginya. Dia membeli dua tiket loteri pada awal April 2012, menggunakan nombor dari tarikh perkahwinan ibunya dan bilangan tahun mereka berkahwin. Tanpa dijangka dia memenangi dua tiket bernilai $1milion setiap satu.
4. Tsutomu YamaguchiTsutomu Yamaguchi adalah satu-satunya yang disahkan terselamat oleh kerajaan Jepun, dalam dua serangan bom atom iaitu di Hiroshima dan Nagasaki semasa Perang Dunia Kedua. Pada hari serangan, dia telah ke Hiroshima atas urusan kerja yang jaraknya hanya 3 kilometer dari tempat letupan. Badannya terbakar serius tapi dia terselamat.
5. Harrison Odjegba Okene Apabila Jascon 4 karam di tengah-tengah lautan Atlantik pada Disember 2013, Harrison Odjegba Okene satu-satunya yang terselamat apabila berjaya ke bahagian enjin dan hidup hanya dengan beg udara yang terbentuk dalam bilik enjin. Penyelamat menjumpainya hanya selepas tiga hari. Harrison yang berkerja sebagai tukang masak di dalam bot itu tidak lagi mahu bekerja di atas kapal, sebaliknya sebagai tukang masak di atas daratan.
6. Joan GintherJoan Ginther, 63, menang tiket loteri sebanyak USD21 juta sejak kemenangannya pada 1993. Pada 1993, dia memenangi sebanyak $5.4 juta, sepuluh tahun kemudian dia menang sebanyak USD2 juta,dan USD3 juta tiga tahun kemudian. Akhirnya pada 2008, dia menang jackpot sebanyak USD10 juta. Ada desas-desus mengatakan jurujual di kedai yang telah menolongnya menipu. Apapun dia sudah jadi jutawan!
7. Juliane KoepckePada tahun 1971, Juliane Koepcke telah terselamat dari kemalangan kapal terbang yang telah terhempas di Sungai Amazon. Gadis berumur 17 tahun itu telah berjaya keluar dari kapal terbang dengan banyak kecederaan. Juliane terpaksa hidup di dalam hutan selama sembilan hari sebelum dia diselamatkan oleh penduduk tempatan. Hanya dia yang terselamat dari kapal terbang tersebut.
8. Maarten de JongePelumba basikal professional Maarten de Jonge, mengakui hampir membeli tiket penerbangan Malaysia Airlines MH370 dan Malaysia Airlines MH17, tapi mengubah fikirannya untuk meenjimatkan wang.
9. Reshma BegumReshma Begum terselamat kerana terlepas sarapan pagi. Reshma yang bekerja di kilang pakaian di tingkat dua, dari 18 tingkat bangunan Rana Plaza, Bangladesh. Reshma diselamatkan oleh penyelamat selepas 17 hari, dan selama itu dia bertahan untuk hidup hanya dengan empat bungkusan biskut yang kebetulan dibawanya sebagai bekal sarapan hari itu dan sebotol air mineral yang dibaling oleh penyelamat melalui lubang rekahan bangunan.
10. Frane Selak Frane Selak merupakan seorang guru muzik Croatia yang terlepas dari kematian sebanyak tujuh kali dari tujuh kemalangan ngeri yang melibatkan kenderaan yang berbeza, kemudian memenangi loteri bernilai USD1 juta pada tahun 2003. Jurnalis mengelarnya "lelaki paling bertuah dunia" dan "world's luckiest unluckiest man".