Pahang Memperuntukkan RM35 Juta Kepada Jabatan Pengairan Dan Saliran Di Tujuh Daerah, Perkukuh Usaha Kurangkan Risiko Banjir

by Oh! Semput


2
SHARES
20
VIEWS
Posted on 23 Nov 2026 16:30:44

KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang memperuntukkan RM35 juta kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di tujuh daerah negeri ini bagi melaksanakan pelbagai projek termasuk untuk mengurangkan risiko banjir di negeri ini. 

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata setiap daerah berkenaan, iaitu Kuantan, Pekan, Temerloh, Lipis, Jerantut, Raub, dan Maran, masing-masing menerima peruntukan sebanyak RM5 juta. 

“Sebelum sesuatu pembangunan dilaksanakan, kita ada proses tertentu, kalau tidak silap ada enam hingga tujuh laporan daripada jabatan berkaitan termasuk kebenaran merancang. 

“Sekiranya kebenaran merancang tidak diperoleh, sesuatu pembangunan itu tidak boleh dilaksanakan. Tetapi untuk usaha ini (tangani banjir) kerajaan negeri melalui JPS telah meluluskan peruntukan sebanyak RM35 juta di tujuh daerah … dan ini sedikit sebanyak saya yakin boleh membantu kurangkan risiko banjir,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Andansura Rabu (PN-Beserah)  pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di sini hari ini, yang ingin tahu langkah kerajaan negeri menangani masalah sistem saliran, khususnya di kawasan berisiko berlaku takungan air ketika musim tengkujuh. 

Sementara itu, Wan Rosdy memaklumkan kerajaan negeri melalui JPS melaksanakan Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) bagi daerah Kuantan, termasuk kawasan DUN Beserah selama dua  tahun, yang baru bermula hari ini hingga 20 Nov 2028.

Beliau berkata hasil kajian ini akan menjadi panduan kepada JPS dan Majlis Bandaraya Kuantan serta jabatan teknikal yang berkaitan untuk merancang strategi atau pembangunan yang akan dilaksanakan pada masa hadapan. 

“Kajian ini juga akan menjadi asas kepada kerajaan negeri untuk pewartaan atau pun penyediaan rizab … dengan usaha ini risiko banjir atau limpahan air akan dapat kita kurangkan,” katanya. #AstroAwani

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts