Pakatan Harapan Terima Banyak Cadangan Logo

by Oh! Semput


5
SHARES
69
VIEWS
Posted on 09 May 2017 15:01:34

Pakatan Harapan

Selepas mendapat kecaman netizen pada peringkat awal pengumuman logo, kini orang ramai dilaporkan memberi respon yang baik di atas usaha Pakatan Harapan (HARAPAN) dengan menghantar cadangan logo mereka untuk dipertimbangkan.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, berkata sambutan hangat itu dapat dilihat daripada jumlah logo cadangan yang diterima sekretariat HARAPAN.

Sehingga jam 11 pagi tadi, katanya, sebanyak 317 logo cadangan sudah diterima daripada orang ramai.

Antara logo itu, kata Fahmi, dilukis pada kertas tisu.

“Kami menerima sambutan daripada segenap lapisan masyarakat. Daripada lukisan atas kertas tisu hingga yang menawarkan branding kit (kit penjenamaan) untuk HARAPAN,” katanya.

Fahmi ditemui media selepas menghadiri mesyuarat mingguan Sekretariat HARAPAN di Ibu Pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Petaling Jaya petang ini.

Isu logo HARAPAN menjadi bahan kecaman – dan ejekan – apabila ia dimuat naik Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, pada 3 Mei lalu.

Dianggap terlalu buruk, tiga logo cadangan itu dianggap sesetengah pihak sebagai tidak melambangkan hasil kerja secara profesional atau dibuat sambil lewa.

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts