Panduan & Cara Solat Tarawih Bersendirian Di Rumah

by Oh! Semput


49
SHARES
636
VIEWS
Posted on 26 May 2017 18:00:03




Solat tarawih boleh dilakukan di masjid secara berjemaah namun boleh juga dilakukan dengan bersendirian di rumah. Solat tarawih dilakukan di rumah mungkin disebabkan beberapa keadaan tidak membolehkan kita solat berjemaah sama iaitu, masjid jauh, tiada kenderaan, kekangan kerja dan sebagainya.

Berikut dikongsikan cara solat tarawih sendirian di rumah.


Sama seperti solat-solat sunat yang lain yang biasa kita lakukan, iaitu ditunaikan dua rakaat dengan bermula dari takbir dan diakhiri dengan memberi salam. Rukun sembahyang sunat Tarawih ini sama sahaja dengan rukun sembahyang yang lain juga.

Ketika hendak solat, niatkan di dalam hati untuk mengerjakan solat terawih atau qiyam Ramadhan, kemudian lakukan solat sebagaimana biasa.


Sahaja aku menunaikan solat Terawih 2 rakaat kerana Allah Taala

“Usolli sunnata t-taroowiihi rokátaini lillaahi Taala.”
Sahaja aku solat sunat terawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.

Bacaan-bacaan di dalam solat juga sebagaimana yang biasa dibaca dalam solat-solat yang lain. Kesimpulannya, yang berbeza dalam solat terawih ini ialah niatnya sahaja.

Oleh kerana solat terawih dilakukan dua rakaat, maka setiap dua rakaat hendaklah memberi salam dan kemudian bangun mengerjakan lagi dua rakaat hinggalah sempurna bilangan rakaat yang dikehendaki (lapan, dua puluh atau sebagainya).



Cara solat tarawih sendiri di rumah



Baca niat, dan teruskan solat seperti biasa. Ulang sehingga rakaaat yang anda inginkan contohnya 8,16,20.

Surah selepas alfatihah, adalah bergantung kepada surah apa yang anda nak baca.

Selesai solat setiap 4 rakaat, baca doa ini:


Selepas baca doa, sambung rakaat yang anda inginkan contohnya 8,16,20.

Selesai solat tarawih, baca doa selepas terawih berikut;




Selepas menunaikan solat tarawih, jangan lupa juga solat witir.

Berikut disertakan sekali cara solat witir selepas solat tarawih.

2 rakaat dahulu, diikuti 1 rakaat.






Selesai 3 rakaat witir, baca doa berikut:


Semoga Ramadhan tahun ini memberikan kita seribu perubahan positif pada diri disamping untuk kita menambah pahala.



:
http://mynewsbistro.blogspot.my
http://arnamee.blogspot.com









SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts