Panjat mercu tanda 'IPOH', tak sayang nyawa ke dik?

by Oh! Semput


24
SHARES
317
VIEWS
Posted on 01 Jan 2017 02:00:26


IPOH - Majlis Bandaraya IPOH (MBI) dilaporkan akan membuat laporan polis berhubung tindakan sekumpulan remaja yang memanjat mercun tanda 'IPOH' baru-baru ini, lapor Harian Metro

Gambar dan video aktiviti berbahaya sekumpulan remaja berkenaan yang memanjat mercu tanda itu dan memasang buaian 'hammock' itu viral di media sosial. Salah seorang ahli kumpulan itu turut mendakwa mereka mendapat kebenaran dari MBI untuk melakukan aktiviti itu. 

Bagaimanapun, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man menafikan dakwaan itu dan menegaskan MBI tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak untuk memanjat binaan tersebut kerana ia boleh mengancam nyawa. 

"Struktur yang didirikan itu bukan untuk menampung beban tambahan seperti berat individu yang memanjat. 









"Jika berlaku sebarang insiden yang membabitkan perkataan 'IPOH' berkenaan tumbang dan menimpa pengguna jalan raya, MBI ingin menegaskan bahawa ia berkemungkinan besar berpunca daripada pencerobohan sekumpulan remaja berkenaan," katanya. 

Susulan kejadian itu, MBI akan mengambil tindakan mengikut Undang-Undang Kecil Vandalisme yang mana hukumannya denda atau penjara atau kedua-duanya sekali.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts