Papan Tanda Gergasi Tumbang, Hempap Rumah

by Oh! Semput


HOME Posted on 13 Dec 2016 22:01:18



SEREMBAN – Seorang cedera, apabila sebuah papan tanda gergasi tumbang sehingga menghempap rumahnya di Kampung Pelegong, Labu di sini petang tadi.

Menurut pemilik rumah, Maulud Wahid, 44, kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 petang sewaktu angin kencang secara tiba-tiba berlaku di kawasan berkenaan.

Katanya, ketika kejadian berlaku hanya anak perempuannya sahaja yang ada di rumah, dan sedang tidur di dalam bilik.

Namun secara tiba-tiba dia dikejutkan dengan dentuman bunyi yang sangat kuat, sebelum terlihat bumbung rumahnya musnah akibat dihempap papan tanda gergasi itu.

Katanya, papan tanda yang baru sahaja dipasang kurang dari sebulan itu, sebelum ini sangat membimbangkan kerana dikhuatiri akan mendatangkan kesan buruk kepada keluarganya dan juga pengguna lalu lintas, berikutan lokasinya sangat dekat dengan lebuh raya. – Sinar Harian

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...