PAS Parti Gagal – Lim Guan Eng

by Oh! Semput


5
SHARES
59
VIEWS
Posted on 10 Feb 2017 09:00:40

Lim Guan Eng

GEORGETOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, berkata Kelantan adalah sebuah negeri gagal dan muflis, berikutan ditadbir oleh PAS, sebuah parti yang gagal.

Sehubungan itu, katanya, kegagalan PAS mentadbir negeri itu menyebabkan rakyat Kelantan masih miskin dan berada dalam keadaan mundur.

“PAS tadbir negeri gagal, PAS adalah sebuah parti gagal yang tadbir negeri gagal dan bankrap di mana rakyat masih miskin dan mundur.

“Di mana mangsa banjir (selepas) tiga tahun masih belum dapat rumah, di mana 100,000 hektar hutan ditebang dan ditarah kerana (kerajaan negeri) tiada sumber wang, ” katanya pada sidang media di pejabatnya di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), di sini, semalam.

Guan Eng berkata, ketika ini Orang Asli di Kelantan turut berdepan masalah apabila mereka dihalang masuk ke kawasan mereka.

“Ini adalah negeri gagal, untuk menutup (kegagalan), mereka mainkan sentimen perkauman. Ini sesuatu yang jahat hendak lawan prinsip dan moral.

“Saya percaya Islam tidak benarkan sentimen perkauman, tetapi ini yang dimainkan PAS,” katanya.

Sementara itu, Pemuda PAS Kelantan mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, menyatakan peratusan pemilikan kediaman antara kaum di Pulau Pinang yang dikatakan meminggirkan Melayu.

Ketua Pemudanya, Ahmad Fadhli Shaari, berkata mengikut laporan Pejabat Tanah dan Galian pada 2010, pemilikan tanah kaum Cina di negeri itu adalah sebanyak 64 peratus, manakala Melayu pula hanya 28 peratus dan India sebanyak lapan peratus.

Katanya, laporan Jabatan Perangkaan Malaysia pada 2014, menyatakan populasi penduduk Pulau Pinang adalah 1.6 juta iaitu Cina (42.2 peratus), Melayu (41.3 peratus), India (9.8 peratus), manakala bangsa lain termasuk warga asing adalah 6.7 peratus.

“Guan Eng fitnah Kelantan sebagai sebuah negeri yang muflis pada saat Kelantan berada pada kedudukan ketiga tertinggi di Malaysia daripada pemilikan kediaman iaitu sebanyak 83.9 peratus.

“Saya mencabar Guan Eng untuk memberi statistik berapakah peratus pemilikan kediaman di Pulau Pinang bersama perbandingan di antara kekuatan ekonomi Bumiputera di negeri yang ‘sangat kaya’ itu,”.

“Adalah lebih baik Kelantan yang dikatakan muflis ini jika dibandingkan dengan Pulau Pinang dari sudut menjaga hak pribumi Bumiputera dan keadilan untuk rakyat.

“Bagi makluman Guan Eng juga, sumber dari Khazanah Research Institute pada tahun 2016 juga menunjukkan Pulau Pinang sebagai negeri ketiga tertinggi dari sudut ketidakmampuan rakyat untuk membeli rumah.

“Sekalipun gaji bulanan (pertengahan) rakyat Pulau Pinang berada di angka RM4,702 namun harga rumah (pertengahan) di negeri itu ialah RM295,000.00 berbanding Kelantan yang walaupun gaji bulanan (pertengahan) di negeri ini ialah RM2.716 namun harga rumah (pertengahan) di negeri ini hanyalah sekitar RM157,740.

“Ia sekali gus meletakkan Pulau Pinang berada di tangga indeks 5.2 iaitu sangat tidak mampu dimiliki berbanding Kelantan hanya di tangga indeks 4.8.

Apa yang lebihnya Pulau Pinang sehingga anda melabelkan kami sebagai negeri hampir bankrap?” katanya.

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts