Parti Keadilan Rakyat (PKR) Temerloh Sebulat Suara Lulus Usul Tanding, Terajui Parlimen Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16

by Oh! Semput


9
SHARES
117
VIEWS
Posted on 12 Apr 2026 16:31:57

TEMERLOH: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Temerloh sebulat suara meluluskan usul untuk bertanding dan menerajui Parlimen Temerloh menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Ketua Penerangannya, Abdullah Hakim Ahmad berkata, keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Agung Tahunan parti tersebut pada Ahad dengan mendapat sokongan penuh ahli di peringkat akar umbi.

Menurutnya, usul berkenaan merupakan manifestasi keyakinan penuh ahli terhadap kemampuan parti untuk memimpin dan membawa perubahan yang lebih progresif di kawasan tersebut.

"Mesyuarat yang berlangsung dalam suasana penuh semangat muafakat dan disiplin organisasi ini memperlihatkan kesepaduan anggota dalam menyusun langkah strategik ke hadapan.

"Usul yang diluluskan menjadi isyarat jelas bahawa Cabang Temerloh kini bersedia menggalas tanggungjawab lebih besar demi memastikan suara rakyat diangkat dengan lebih berkesan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Mengulas lanjut, Abdullah memaklumkan bahawa PKR Cabang Temerloh komited untuk memperkukuh gerak kerja di semua peringkat bermula sekarang.

Jelasnya, usaha itu merangkumi langkah memperluas sokongan rakyat serta memastikan setiap agenda parti benar-benar memenuhi keperluan masyarakat setempat.

"Dengan iltizam yang tinggi dan sokongan padu anggota, Keadilan yakin PRU16 bakal menjadi titik tolak kepada kebangkitan serta kejayaan besar di Parlimen Temerloh," katanya lagi. #SinarHarian

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts