Pasaran Telefon Pintar Global Terus Merosot Pada Q3 2026 – Pengguna Tangguh Pembelian Peranti Baharu

by Oh! Semput


2
SHARES
28
VIEWS
Posted on 02 Nov 2026 07:00:57

Pasaran telefon pintar global terus merosot apabila penghantaran peranti susut 20% tahun ke tahun kepada 254.7 juta unit pada suku ketiga 2026. Menurut Omdia, jumlah tersebut merupakan prestasi Q3 terendah sejak 2013.

Kenaikan harga peranti akibat kos komponen yang semakin tinggi dilihat sebagai antara punca utama kemerosotan ini. Dalam keadaan ekonomi yang masih mencabar, pengguna semakin berhati-hati untuk berbelanja manakala pengedar turut mengurangkan stok bagi mengelakkan lambakan barangan yang tidak terjual.

Meskipun masih kekal sebagai pengeluar telefon terbesar dunia, Samsung tidak terlepas daripada tekanan pasaran. Mereka merekodkan penghantaran sebanyak 57.8 juta unit iaitu penurunan 5% berbanding tempoh sama tahun lalu. Siri Galaxy A membantu Samsung mengekalkan kedudukannya dalam segmen pertengahan, manakala siri Galaxy Z Fold8 terus mengukuhkan kehadirannya dalam pasaran premium.

Apple pula mencatat prestasi yang lebih stabil apabila menghantar 56.5 juta unit iPhone yang hampir tidak berubah berbanding tahun sebelumnya. Prestasi tersebut disokong oleh permintaan yang masih tinggi di China dan Amerika Utara, di samping peningkatan tempahan stok oleh saluran jualan menjelang jangkaan kenaikan harga peranti pada masa akan datang.

Beberapa pengeluar Android lain bagaimanapun berdepan cabaran yang lebih besar. Xiaomi misalnya mencatatkan penurunan 29% kepada 30.7 juta unit. Kenaikan kos komponen turut memaksa syarikat itu menaikkan harga peranti di beberapa pasaran sekali gus menjejaskan jualan. Walaupun model seperti Redmi A7 Pro dan Redmi 17 membantu menyokong penghantaran, ia masih belum cukup untuk menampung penurunan keseluruhan.

Oppo (termasuk realme dan OnePlus) pula merekodkan penghantaran sebanyak 23.4 juta unit iaitu susut 39% berbanding tahun lalu. Vivo turut mencatat penurunan 33% kepada 19.3 juta unit. Kedua-dua pengeluar itu turut menaikkan harga produk masing-masing berikutan peningkatan kos komponen sekali gus menambah tekanan terhadap jualan.

Perkembangan ini menunjukkan pengguna kini memilih untuk menggunakan peranti mereka lebih lama sebelum membeli model baharu. Omdia turut menjangkakan penghantaran telefon global akan menyusut 12% sepanjang tahun ini dan terus menurun pada 2027. Kekurangan bekalan memori serta peningkatan kos komponen dijangka terus memberi tekanan kepada pengeluar dalam tempoh terdekat.

: Omdia

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts