Pasport Kini Boleh Diperbaharui Melalui Aplikasi MyGOV Malaysia

by Oh! Semput


1
SHARES
16
VIEWS
Posted on 24 Nov 2026 11:00:14

Rakyat Malaysia kini boleh memperbaharui pasport melalui aplikasi MyGOV Malaysia, termasuk mengemukakan permohonan, membuat pembayaran secara dalam talian serta memilih pejabat Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi tujuan pengambilan dokumen perjalanan itu.

Dalam kenyataan hari ini, Kementerian Digital memaklumkan penambahbaikan itu diperkenalkan menerusi kemas kini aplikasi MyGOV Malaysia versi 2.1.4.

Namun begitu, untuk fasa awal pelaksanaan, pengambilan pasport hanya disediakan di Pejabat Imigresen Shaftsbury, Putrajaya. Sementara itu, lokasi pengambilan lain akan diperluas secara berperingkat bagi meningkatkan akses dan kemudahan kepada pengguna di seluruh negara.

pasport Malaysia MyGOV

Selain pembaharuan pasport, kemas kini ini turut menambah baik fungsi MyNotifikasi dengan keupayaan penyampaian notifikasi yang lebih bersasar dan diperibadikan mengikut keperluan pengguna, termasuk pengumuman, maklumat program, inisiatif serta makluman penting daripada kementerian, jabatan dan agensi kerajaan.

MyGOV Malaysia juga memperkenalkan fungsi semakan lokasi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), membolehkan pengguna mengenal pasti NADI terdekat untuk mengakses pelbagai kemudahan yang disediakan.

Lanjutan itu, orang ramai digalakkan mengemas kini aplikasi MyGOV Malaysia kepada versi 2.1.4 atau versi terkini melalui Apple App Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery bagi menikmati ciri-ciri baharu yang tersedia.

{suggest}

Pasport Kini Boleh Diperbaharui Melalui Aplikasi MyGOV Malaysia WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts