Pedang Samurai Sudah Ditemui

by Oh! Semput


7
SHARES
89
VIEWS
Posted on 16 Dec 2016 11:00:10

Polis Kota Kinabalu menemukan dua pedang samurai yang dipercayai digunakan dalam kes pembunuhan seorang remaja lelaki di luar sebuah premis pusat hiburan di Jalan Coastal di sini, semalam.

M.Chandra

M.Chandra

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M Chandra berkata kira-kira 5 petang semalam, dua suspek yang terlibat dalam kes itu telah memandu arah dan menunjukkan tempat di mana senjata itu dibuang.

“Senjata itu dibuang di sebuah kawasan di Likas dan siasatan lanjut mengenai kes itu sedang dijalankan dan kami akan mendapatkan perintah reman terhadap suspek hari ini,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira 4.15 pagi semalam, mangsa Yacoob Nasran, 18, maut manakala dua lagi rakannya cedera selepas diserang dua lelaki tidak dikenali di luar premis pusat hiburan berkenaan. – Suara Masyarakat Sabah


LIKE Kami Sekarang
Untuk Terus Mengikuti Berita Pantas

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts