PAS Tak Peduli Digelar Makan Dedak Demi Islam – Idris

by Oh! Semput


6
SHARES
80
VIEWS
Posted on 04 Dec 2016 12:01:10

KUALA LUMPUR – PAS tidak ambil peduli dengan pelbagai gelaran yang dilemparkan ke atas parti itu oleh penyokong Pakatan Harapan kerana mengadakan perhimpunan membantah kekejaman ke atas etnik muslim Rohingya bersama UMNO hari ini.

Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata, PAS bukan parti budak- budak yang boleh dicucuk hidung walaupun digelar sebagai parti makan dedak dan sebagainya oleh pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan.

“PAS mengambil pendekatan Muwajahah Silmiah. Jalur dakwah dan jalur politik. Orang yang mengukur PAS dengan jalur politik tidak akan temui jawapannya. PAS bergerak dan bertindak atas panduan Islam,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Idris dalam pada itu mengingatkan semua pihak bahawa Tun Dr. Mahathir Mohamad sewaktu memerintah negara ini pernah memperkenalkan Program Islamisasi untuk menarik ramai menyertai UMNO.

Malah, katanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan badan dakwahnya pada waktu itu turut menyertai UMNO kerana terlalu kagum dengan Mahathir sedangkan PAS tidak percaya dengan Program Islamisasi Mahathir tersebut.

Kata beliau, macam- macam seminar seperti Siasah Syariyyah dan Maqasid Syariah dibuat oleh Mahathir untuk menghalalkan penyertaan Anwar ke dalam UMNO waktu itu. – MYNEWSHUB.CC 

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts