Pegawai Guan Eng kena tampar, buat kecoh depan masjid

by Oh! Semput


7
SHARES
93
VIEWS
Posted on 26 May 2017 10:01:20

Zaidi ditampar selepas solat Jumaat ketika melakukan provokasi petang ini. — Foto oleh Saw Siow FengZaidi ditampar selepas solat Jumaat ketika melakukan provokasi petang ini. — Foto oleh Saw Siow FengGEORGE TOWN, 26 Mei — Pegawai penerangan ketua menteri Pulau Pinang ditampar selepas solat Jumaat ketika melakukan provokasi petang ini.

Zaidi Ahmad ditampar di depan Masjid Simpang Enam di sini selepas cuba mengganggu ucapan Pengerusi Jaringan Muslimin Pulau Pinang Mohamed Hafiz Mohamed Nordin.

Tindakan bekas juruterbang tentera itu cuba dihalang peserta himpunan namun salah seorang daripada mereka menampar muka Zaidi, lapor Harian Metro.

Kekecohan yang tercetus 2.30 petang tadi berjaya dikawal anggota polis cawangan khas (SB) yang berada di lokasi kejadian.

Hafiz bersama beberapa individu lain mengadakan himpunan bagi membantah campur tangan kerajaan negeri Pulau Pinang dalam isu fatwa dikeluarkan mufti.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts