6 pekerja kedai roti maut dalam kebakaran

by Oh! Semput


6
SHARES
79
VIEWS
Posted on 30 Dec 2016 08:01:04

MUMBAI: Enam pekerja terbunuh selepas sebuah kedai roti terbakar di bandar barat Pune, dan mereka dipercayai terkunci dari luar, lapor polis, hari ini.

Press Trust of India memetik kenyataan pegawai bomba yang memberitahu pintu utama kedai roti itu dikunci dari luar dan semua mangsa terperangkap dan mati akibat sesak nafas.

Media tempatan melaporkan keenam-enam mangsa dikejarkan ke hospital yang kemudian mengesahkan mereka sudah meninggal dunia.

“Kejadian itu berlaku berpunca daripada litar pintas di dalam kedai roti dan siasatan lanjut sedang dijalankan. Kami juga cuba mengenal pasti kenapa pekerja terbabit terkunci di dalam” kata jurucakap polis, Inspektor Chaggan Kapshe kepada AFP.

Semua mereka yang meninggal dunia berasal dari Daerah Uttar Pradesh, India. Ia dikatakan salah sebuah negeri paling miskin di India dan terkenal dengan penduduknya yang gemar berpindah untuk mencari pekerjaan.

Kemalangan di tempat kerja adalah antara perkara biasa terjadi di India kerana mutu keselamatan dikatakan sangat teruk dan penguatkuasaan juga amat lemah.

Bulan lalu, 13 orang pekerja meninggal dunia di sebuah kilang pakaian haram di New Delhi selepas berlaku litar pintas. – AFP

Category: Dunia

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts