Pekerja Produksi iPhone Di China Dilaporkan Mengganas, Berlaku Protes Besar-Besaran

by Oh! Semput


9
SHARES
117
VIEWS
Posted on 24 Nov 2022 14:30:56

Bloomberg melaporkan berlakunya protes ganas oleh pekerja di kilang utama bagi pengeluaran telefon pintar iPhone di China.

Berdasarkan video yang dikongsikan, boleh dilihat ratusan pekerja kilang itu bertembung dengan pihak keselamatan China.

Keadaan tegang ini berlaku ekoran daripada selepas hampir sebulan para pekerja kilang itu dikawal dengan ketat pergerakan mereka sebagai langkah mengekang penularan wabak COVID-19 kepada dunia luar.

Pekerja di kilang Foxconn Technology Group dilihat keluar secara beramai-ramai dari asrama mereka pada awal pagi Rabu dengan berlari menolak melepasi pengawal berpakaian putih yang jauh lebih ramai jumlahnya.

https://youtu.be/S1Vo2p3HsqU

Menurut saksi, protes bermula kerana dakwaan gaji lebihan yang tidak dibayar dan kebimbangan penyebaran jangkitan COVID dikalangan pekerja.

"Saya benar-benar takut dengan tempat ini, kami semua boleh positif Covid sekarang," kata seorang pekerja lelaki. "Anda menghantar kami mati," kata yang lain.

Tambah saksi yang tidak dinamakan, beberapa pekerja dilaporkan cedera dan polis anti rusuhan tiba di tempat kejadian pada Rabu untuk memulihkan ketenteraman.

Keadaan seperti ini dilaporkan bukan sahaja berlaku di kilang pengeluaran iPhone sahaja.

Sebaliknya, keganasan yang sama turut meletus secara  di seluruh China berhubung sekatan Covid.

SSebagai contoh pada Mei lalu, beratus-ratus pekerja bertempur dengan anggota keselamatan di kilang Quanta Computer Inc. di Shanghai selepas mereka dihalang selama berbulan-bulan daripada berhubungan dengan dunia luar.

: Bloomberg

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts