by Oh! Semput

EDGARD (tengah) bergambar kenangan bersama 45 pelajar Malaysia yang dipilih menyertai program YES Kennedy Lugar di Amerika Syarikat selepas majlis meraikan mereka di Kuala Lumpur, hari ini.
KUALA LUMPUR: Seramai 45 pelajar negara ini dipilih untuk mengikuti program pertukaran pelajar Youth Exchange and Study (YES) Kennedy Lugar selama enam bulan di Amerika Syarikat (AS).
Kuasa Usaha Kedutaan AS ke Malaysia, Edgard Kagan, berkata program yang dijadual bermula Januari hingga Jun tahun depan itu bukan setakat menjadi platform terbaik bagi peserta berkongsi ilmu pengetahuan dan pandangan antara pelajar antarabangsa, malah secara tidak langsung ia berupaya mempromosikan lagi kepelbagaian budaya yang dimiliki negara ini.
“Melalui program ini, pelajar berpeluang mempelajari cara kehidupan masyarakat AS secara lebih dekat lagi seperti bagaimana kaedah pembelajaran mereka di sekolah.
“Ini secara tidak langsung akan dapat meningkatkan pengetahuan serta keyakinan diri di samping dapat memperoleh ramai kenalan baharu,” katanya kepada media selepas meraikan pelajar program berkenaan di kediamannya, di sini, hari ini.
Seramai 420 pelajar di negara ini telah mengambil bahagian menerusi program yang dikendalikan kerajaan AS itu bermula pada 2004.
Category: Semasa