"Dua Pelajar" Universiti Malaysia Pahang (UMP) Lemas Di Air Terjun Berkelah

by Oh! Semput


122
SHARES
1589
VIEWS
Posted on 25 Feb 2017 17:01:10


KUANTAN: Aktiviti berkelah sekumpulan 11 orang mahasiswa Universiti Malaysia Pahang di sini bertukar tragedi apabila dua rakan mereka lemas dalam satu kejadian di Air Terjun Berkelah, di sini hari ini.
Difahamkan kejadian yang berlaku kira-kira pukul 1 petang berpunca apabila mangsa, Muhammad Zahid Hamidi Mohd. Hasan, 21, ditarik pusaran air ketika cuba untuk mencapai kawasan batu berhampiran air terjun berkenaan.

Melihat keadaan Muhammad Zahid yang terkapai-kapai, mangsa kedua, Muhammad Azrul Kharudin, 21, terjun untuk menyelamatkan rakannya tetapi turut ditarik pusaran air tersebut.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) negeri, Anuar Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan sekitar pukul 1.15 petang dan tiba di lokasi kejadian pada pukul 2.25 petang.
"Mangsa pertama Muhammad Azrul ditemui pada tingkat kedua manakala Muhammad Zahid ditemui tingkat ketiga," katanya ketika dihubungi Kosmo di sini hari ini. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts