Pelakon Drama Terselamat Hukuman Gantung Sampai Mati

by Oh! Semput


3
SHARES
42
VIEWS
Posted on 08 Dec 2016 05:01:03

PELAKON Aidil Aziz bersama dua rakan termasuk seorang warga Filipina mampu menarik nafas lega apabila terlepas dari tali gantung selepas pihak mahkamah menukar pertuduhan dari mengedar kepada memiliki dadah.

Aidil Aziz atau nama sebenarnya Mohd Aidil Abdul Aziz, 29 bersama dua rakannya, Omar Syeed Ghulam Mohammad, 36, dan jurutera teknologi maklumat, R Guevara Cortez, 33, warga Filipina, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tuduhan memiliki dadah jenis kanabis (ganja) seberat 18.39 gram lapor BH Online.

Pelakon Drama Terselamat Hukuman Gantung Sampai Mati (foto NSTP)

Pihak mahkamah membenarkan Aidil yang diwakili oleh peguam bela Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin diikat jamin RM4,000 serta di bawah pemerhatian selama dua tahun.

Manakala menerusi portal hiburan Media Hiburan, pengurus kepada Aidil iaitu Kam (yang juga sepupu Aidil) memberitahu ketika keputusan dibacakan suasana gembira bercampur sayu dalam kalangan ahli keluarga Aidil mendengar berita gembira itu.

“Buat masa ini, kami mahu Aidil berehat dengan keluarganya dahulu dan tenangkan fikiran,” katanya.

Kami di Mynewshub percaya, perkhabaran gembira ini disenangi oleh rakan-rakan artis dan juga peminat-peminat Aidil yang sentiasa menyokong dari belakang. -MYNEWSHUB.CC

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts