by Oh! Semput

Menurut Jabatan Perdana Menteri (JPM):
Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengesahkan bahawa poster mengenai Pelaksanaan Hari Bekerja Hibrid (HBH) yang sedang tular bukan diterbitkan atau dikeluarkan oleh JPM.
Poster tersebut turut mengandungi kesilapan fakta apabila memaparkan nama Ketua Setiausaha Negara (KSN) sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) pada bahagian tandatangan.
Orang ramai dinasihatkan agar mendapatkan maklumat rasmi hanya melalui saluran komunikasi rasmi Kerajaan serta tidak menyebarkan poster yang mengandungi maklumat tidak tepat.
SUMBER: