KEGEMBIRAAN seorang pelancong warga China yang sedang bercuti bertukar menjadi tragedi apabila menjadi mangsa ragut ketika dia sedang merakam swafoto video di Dataran Merdeka.
Aksi kejadian itu turut berjaya dirakam wanita berkenaan dan menjadi tular menerusi laman sosial.
Berdasarkan video lapan saat itu, wanita yang memakai kemeja berwarna putih itu dilihat terjatuh ketika sedang berswafoto apabila seorang penunggang motosikal muncul dari belakang meragut tas tangannya.
Dalam kejadian Selasa lalu itu, mangsa difahamkan sedang asyik merakam keindahan bangunan sekitar Dataran Merdeka di Kuala Lumpur menggunakan monopod kamera telefon bimbitnya.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd. Sukri Kaman mengesahkan insiden kejadian ragut tersebut.
Menurutnya, pelancong itu tidak mengalami kecederaan namun kehilangan beberapa dokumen peribadi yang ada dalam beg tersebut.
Susulan itu, satu siasatan sedang dijalankan dan saksi yang menyaksikan kejadian tersebut diminta tampil membantu siasatan. – MYNEWSHUB.CC
Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mencuri perhatian selepas memuat naik satu video yang memaparkan Datuk Seri Vida menghidangkan nasi kerabu kepadanya.Menerusi hantaran di Instagram, Fazley menulis ucapan ringkas dan berahsia buat Vida atau
Seorang lelaki berusia 47 tahun meninggal dunia selepas dipercayai mengalami serangan jantung ketika memandu sebelum kereta yang dipandunya hilang kawalan dan terbabas di Kilometer 5.1 Jalan Kota Tinggi-Kluang, awal pagi tadi.Dalam kejadian kira-kira jam
Satu dakwaan mengenai urusan pengebumian jenazah tular selepas ahli keluarga arwah mendakwa proses pengkebumian tertangguh lebih sejam susulan isu berkaitan permit kubur dan perkhidmatan pengurusan jenazah.Menurut sumber ahli keluarga arwah dan pasukan p
Seorang gelandangan warga asing ditahan selepas dipercayai merosakkan sebuah kenderaan milik polis dengan membaling objek keras dalam kejadian di hadapan Hotel Kingston, Jalan Hang Lekiu, kelmarin.Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintenden Nuz
Seorang penunggang motosikal maut selepas tercampak kira-kira 30 meter dari sebuah jejambat apabila motosikal yang ditungganginya dirempuh sebuah Proton X50 yang dipercayai hilang kawalan di Kilometer 15.8 Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE), petang semala
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari unit kediamannya di tingkat 24 sebuah kondominium di Teluk Kumbar, lewat malam tadi.Mangsa ditemukan oleh orang awam di tingkat lima bangunan berkena
Pelakon Zara Zya mendedahkan dia tidak lagi akan menerima sebarang tawaran membawakan watak sebagai penyondol atau orang ketiga selepas menjayakan karakter Dhia dalam drama Luka Di Hujung Setia.Menurut pemilik nama sebenar Zainurul Razia Mohd Zainuddin,
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, enggan mengulas lanjut mengenai perancangan perkahwinannya dengan penyanyi dan pelakon Bella Astillah buat masa ini.Menurut Syed Saddiq, 33, fokus utamanya kini tertumpu kepada keputusan rayuan akhir yan
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman enggan mengulas lanjut mengenai perancangan perkahwinannya bersama Bella Astillah selagi keputusan rayuan akhir kes membabitkan tuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram dana Angkata
Kalau anda menggunakan Android TV, Google TV atau Android box (seperti Xiaomi TV Stick) dan ada masalah Internet walaupun sudah disambungkan ke Wi-Fi yang stabil, maka artikel ini untuk anda.Minggu lalu, saya hadapi isu dengan Android box saya iaitu Xia