by Oh! Semput

Sup ikan yang dikatakan bagus untuk kesihatan bagi mereka yang baru sahaja melakukan pembedahan adalah sup ikan haruan dan resepi sup ikan seperti ini memang terkenal di kalangan masyarakat Melayu dan mungkin juga satu dunia.
Tetapi sekiranya anda ingin memakan sup tersebut dan mendapati dalam kandungan sup mempunyai sepotong jari manusia, apakah reaksi pertama anda? Pasti terkejut dan terus berhenti untuk memakannya.

Satu gambar yang memaparkan satu jari manusia yang dipercayai terdapat di dalam periuk yang dimasak bersama sup ikan jadi tular di media sosial China. Tidak dapat dipastikan kesahihan sama ada jari berkenaan adalah jari manusia yang asli.

Melalui laporan dari laman China Times, gambar berkenaan telah dimuat naik oleh seorang pemilik akaun Facebook yang menyatakan jari manusia itu diperolehi daripada masakan sup yang dimasak bersama ikan. Topik ini telah menjadi perbualan hangat di media sosial China yang rata-rata daripada mereka.
