Pemain trumpet mati dipukul cabul budak

by Oh! Semput


8
SHARES
102
VIEWS
Posted on 06 Dec 2016 05:00:25

BUENOS AIRES: Seorang pemain trumpet dipukul hingga mati dalam satu konsert di sebuah gereja di sini, selepas diserang ibu bapa kanak-kanak yang pernah dicabul mangsa di sebuah tadika, kata seorang paderi semalam.

Guru muzik dan pemain trumpet Orkestra bandar Moron, Marcelo Fabian Pecollo pernah sabit atas kesalahan pada tahun 2010 dan dipenjarakan selama 30 tahun kerana mencabul lima kanak-kanak.

Dia dibebaskan pada 2014 selepas hukumannya diringankan.

Serangan itu berlaku pada 30 Oktober lalu di sebuah gereja di Moron, dekat pedalaman Buenos Aires.

Ketika kejadian, sekumpulan ibu bapa merempuh masuk ke dalam gereja sambil menjerit: “Ada seorang pedofilia dan perogol di dalam gereja ini dan dia bermain untuk orkestra ini.”

Pecollo, 42 cuba melarikan diri tetapi berjaya ditangkap dan dibelasah kumpulan itu termasuk menggunakan trumpetnya sendiri, menurut seorang saksi.

Dia cedera parah dan dibawa ke hospital dalam keadaan koma sebelum disahkan meninggal dunia pada Jumaat.

Pecollo ditangkap pada 2007 selepas seorang ibu mengadu bahawa anaknya yang berusia 4 tahun dicabul. Ia turut membongkar enam lagi kes lain. – AFP

Category: Dunia

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts