Pembatalan undangan Dr Mahathir bukan arahan Pejabat PM

by Oh! Semput


5
SHARES
71
VIEWS
Posted on 16 Dec 2016 08:01:02

PUTRAJAYA: Pembatalan undangan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad ke istiadat melafaz sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-15 di Istana Negara bukan atas arahan Pejabat Perdana Menteri, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurutnya, beliau telah membuat semakan terhadap pembatalan undangan kepada bekas perdana menteri itu dan mendapati urusan berkenaan adalah di bawah kuasa Istana Negara.

“Bahagian istiadat hanya menerima arahan, kalaupun tidak titah bagi pembatalan itu. Jangan salahkan bahagian istiadat Jabatan Perdana Menteri atau Pejabat Perdana Menteri sendiri.

“Kalau tidak berpuas hati sila menghadap (Yang di-Pertuan Agong) untuk mendapatkan penjelasan, jangan salahkan orang lain,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Imigresen, di sini hari ini.

Pada 7 Disember lalu, surat daripada Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja kepada Dr Mahathir yang membatalkan undangan ke istiadat tersebut tersebar di media sosial sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi. – BERNAMA

Category: Semasa

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts