Pemburuan Diperhebatkan – Polis Sabah

by Oh! Semput


4
SHARES
51
VIEWS
Posted on 10 Dec 2016 11:00:24


Datuk Abd Rashid Harun

Datuk Abd Rashid Harun

Kota Kinabalu: Polis meneruskan usaha mengesan dua penjenayah dan seorang mangsa culik yang dilaporkan hilang.

Mereka dikatakan hilang dalam pertempuran membabitkan pasukan keselamatan dengan kumpulan penculik itu di perairan Pulau Gaya, Semporna, malam kelmarin.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abdul Rashid Harun, berkata operasi pencarian itu diteruskan, hari ini, yang turut dilakukan semua agensi keselamatan yang berkaitan.

“Sehingga pagi ini, belum ada sebarang maklumat dan status berhubung penemuan mereka,” katanya dalam sidang media bersempena majlis penutupan Ex Rampas Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini, hari ini.

Tiga lelaki daripada sekumpulan tujuh penculik disyaki daripada selatan Filipina ditembak mati pasukan keselamatan, pada 9.51 malam kelmarin.

Mereka dikatakan melakukan tiga rompakan dan dua penculikan di sekitar perairan Lahad Datu dan Semporna.

Dalam kejadian itu, dua suspek turut diberkas manakala seorang juragan bot nelayan yang diculik sebelum itu diselamatkan.


LIKE Kami Sekarang
Untuk Terus Mengikuti Berita Pantas

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts