Pemimpin pilihan Melayu: Populariti Dr M atasi Anwar

by Oh! Semput


10
SHARES
126
VIEWS
Posted on 16 Dec 2016 16:00:17

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi pilihan utama orang Melayu sebagai tokoh pembangkang yang mampu pemimpin negara ini, berdasar sebuah tinjaun.

Tinjauan Institut Darul Ehsan mendapati seramai 29 peratus memilih Mahathir, diikuti pemimpin PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang masing-masing mendapat mata 25 peratus.

Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapat 13 peratus.

Bagaimanapun, jumlah yang memilih pemimpin popular DAP Lim Kit Siang di kalangan orang Melayu jauh terlalu sedikit, iaitu hanya 1 peratus.

Bagaimanapun trend ini berbeza sama sekali di kalangan kaum Cina dan India.

Bagi kaum Cina, Lim masih pilihan utama sebanyak 42 peratus, diikuti Anwar (31 peratus), Mahthir (14 peratus) dan Muhyiddin (9 peratus). Hanya tiga peratus orang Cina memilih Hadi.

Masyarakat India pula menjadikan Anwar sebagai pilihan utama (4) peratus), diikuti Mahathir (33 peratus) dan Muhyiddin (19 peratus).

Bagi kaum India pula, Hadi dan Lim sama-sama tidak popular. Hadi mendapat dua peratus manakala Lim mendapat 6 peratus.

Tinjauan itu dijalankan bermula 26 Ogos hingga awal September tahun ini melibatkan 1,761 responden.

Ia dilakukan secara bersemuka di 56 DUN di Selangor.

Daripada aspek keseluruhan pula Anwar masih mendepani populariti sebagai tokoh pembangkang yang mampu menjadi pemimpin negara ini.

Beliau mendapat 30 peratus sokongan, Mahathir (24 peratus), Muhyiddin (17 peratus), Lim (15 peratus) dan Hadi (14 peratus).

Category: Semasa

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts