by Oh! Semput
Berkuat kuasa Disember 2022, pemindahan wang daripada aplikasi dan laman web HLB Connect ke akaun e-dompet (e-wallet) akan dihadkan ke RM150 sebulan, umum Hong Leong Bank.
Bank tersebut berkata ia merupakan salah satu langkah keselamatan.
Namun, perkhidmatan pelanggan mereka di Twitter menjelaskan bahawa had RM150 hanya terpakai untuk pemindahan wang daripada HLB Connect.
Jika anda melakukan tambah nilai daripada aplikasi e-dompet sendiri, maka ia tidak terikat dengan had RM150 tadi.
Malah, jika anda membuat pembayaran di kedai menggunakan kod QR DuitNow, ia juga tidak terikat dengan had tersebut, walaupun kod QR pekedai tersebut terpaut pada akaun e-dompet.
Tambah nilai daripada aplikasi e-dompet = Ikut had e-dompet
Tambah nilai/pindah wang daripada HLB Connect = Had RM150 sebulan
https://twitter.com/MYHongLeong/status/1595676990849155072?s=20&t=cNOxzDrhQpMEDgA67Zy9Eg
Jadi, katakanlah anda tambah nilai daripada aplikasi TNG eWallet melalui kad atau melalui FPX, maka boleh tambah nilai tersebut tidak dikira dalam had RM150 bulanan tadi.
Seperti disenaraikan dalam tangkap layar di atas, 8 e-dompet terlibat ialah TNG eWallet, Shoppee, Grab, Bigpay, Boost, Fave, Razer dan Finexus.
{suggest}