by Oh! Semput

KUALA LUMPUR – Pemuda MIC hari ini melancarkan Pusat Bantuan Bencana Pemuda MIC (MyDAC) bagi memudahkan penyaluran bantuan kepada mangsa musibah seperti banjir.
Ketua Pemuda MIC Datuk C. Sivarraajh berkata pusat itu beroperasi 24 jam dan melibatkan kira-kira 200 anggota pergerakan berkenaan di seluruh negara.
“Kesemua mereka telah diberi latihan seperti kursus asas pertolongan cemas, pengurusan krisis, cara mengikat rakit dan sebagainya.
“Anggota yang terpilih ini sentiasa bersiap siaga bagi menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan dari segi bantuan fizikal dan mental,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran MyDAC di ibu pejabat MIC di sini.
Katanya, mangsa dan anggota keluarga berkenaan boleh menghubungi MyDAC melalui talian 016-2192640.
Talian bantuan kecemasan bagi setiap negeri pula adalah seperti berikut: Selangor 019-3976350, Johor 019-7703208, Sabah 012-8235662, Perlis 012-5839984, Kedah 012-5072448, Pahang 012-2775571.
Wilayah Persekutuan 012-9873600, Melaka 016-6783690, Perak 012-2295202, Kelantan 012-9003993, Pulau Pinang 016-4196606 dan Negeri Sembilan 013-3470797. – BERNAMA