Pemuda Rambut Beku Jadi Bahan Lawak Netizen

by Oh! Semput


6
SHARES
72
VIEWS
Posted on 13 Dec 2016 05:00:12

SEORANG pemuda dari timur laut China berkongsi video fesyen rambutnya ketika musim sejuk di laman sosial.

Malangnya video yang berdurasi 15 saat itu dijadikan bahan lawak oleh pengguna laman sesawang yang merasakan gaya rambutnya itu pelik dan kelakar.

Menerusi video yang tersebar, individu lelaki itu dilihat berjalan-jalan di kawasan perumahan yang diliputi salji sambil berkata “Cuaca di China timur laut adalah benar-benar sejuk, mari saya tunjukkan kepada anda gaya rambut saya,” katanya.

Pemuda Rambut Beku Jadi Bahan Lawak NetizenPemuda Rambut Beku Jadi Bahan Lawak Netizen

Malah lelaki itu menyifatkan rambutnya paling cool berbanding gaya rambut fringe yang biasa digayakan oleh kaum wanita Asia.

Klip video yang dimuat naik itu telah ditonton lebih dua juta netizen sejak dikongsi pada 7 Disember lalu malah ia turut menjadi topik hangat dalam laman mikro Weibo.

“Hey saudara, apakah rasa pop ais (ice pop) anda?” kata seorang netizen.

Manakala seorang lagi netizen menyifatkan gaya rambut lelaki itu seperti seekor sotong yang diletakkan di atas kepala.

Namun seorang netizen lain mendakwa gaya rambut itu tidaklah pelik bagi penduduk timur laut China yang terkenal dengan cuaca sejuk yang melampau hingga mencecah negatif 50 darjah selsius. -MYNEWSHUB.CC

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts