“Saya Tak Malu Jual Penapis Air” – Faizal AF4 Perjelas Kehilangan Diri Dari Dunia Hiburan, Cuba Buat Pelbagai Kerja

by Oh! Semput


3
SHARES
36
VIEWS
Posted on 24 Oct 2026 10:01:01

Selepas hampir sedekad menetap di Terengganu, penyanyi Faizal mengakui namanya semakin kurang mendapat perhatian media kerana tidak lagi aktif dalam industri hiburan tanah air seperti sebelum ini.

Bagaimanapun, juara Akademi Fantasia musim keempat (AF4) itu menegaskan dia tidak pernah meninggalkan bidang nyanyian dan masih menerima undangan untuk membuat persembahan, khususnya di Terengganu.

Advertisement

“Sebelum ini, saya banyak menetap di Terengganu. Namun sekarang, saya sudah menetap di Kuala Lumpur. Saya baru sahaja berpindah. Jika ada yang bertanya ke mana saya menghilang, hampir 10 tahun saya di Terengganu.”

“Sebab itulah saya jarang mendapat perhatian daripada pihak media. Bagaimanapun, saya tidak berhenti menyanyi. Saya banyak buat persembahan di Terengganu,” katanya.

Faizal AF4 Menghilang Dari Dunia Hiburan

Faizal berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Gegar Vaganza 13 (GV13) yang berlangsung di Damansara pada Khamis.

Berkongsi mengenai kehidupannya sepanjang tempoh kurang mendapat perhatian media, Faizal mendedahkan dia turut melakukan beberapa pekerjaan lain bagi meneruskan kehidupan.

Menurutnya, selain menerima jemputan persembahan, dia pernah menjual penapis air dan turut terlibat sebagai askar wataniah.

“Saya juga ada melakukan beberapa pekerjaan lain. Dahulu, saya hanya menantikan jemputan persembahan sahaja. Kini, saya bukan hanya menyanyi.”

“Saya juga menjual penapis air dan saya tak malu pun jual penapis air. Saya juga pernah terlibat sebagai askar wataniah.”

“Jadi, tak pelik sekiranya orang bertanya ke mana saya menghilang selama ini. Memang saya jarang di kaca TV dan jumpa media. Bila buat bermacam-macam kerja, jadi kurang fokus di media sosial,” katanya.

Keadaan Terkini Faizal AF4

Mengulas mengenai kepulangannya ke Kuala Lumpur, Faizal menjelaskan keputusan tersebut bukan dibuat semata-mata kerana penyertaannya dalam GV13.

Sebaliknya, dia kini mahu memberi tumpuan kepada perniagaan produk kesihatan yang diusahakannya.

“Saya sebenarnya berpindah ke Kuala Lumpur bukan kerana GV. Ketika ini, saya sedang mengusahakan produk sendiri. Ada bermacam-macam produk kesihatan yang saya keluarkan.”

“Kini, saya aktif berniaga secara langsung di media sosial. Saya juga sudah mula mendapat beberapa jemputan persembahan sejak berpindah ke sini,” ujarnya.

Faizal Antara Peserta GV13

Terdahulu, Faizal antara bintang yang diumumkan bakal bersaing dalam GV13 selain Mawi, Stacy, Firman, Vince, Zahid, Mila, Faizul dan Shahir.

Empat lagi peserta akan diumumkan pada konsert minggu pertama.

Selain itu kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

JI
2026-10-23 10:46:03

Laicikangkang Syida Melvin Dikritik Mahal RM15 Seberkas, Tuan Badan Respon - "Hampa P Beli Bahan Aku Pakai Cuba Buat Sendiri"

“Saya Tak Malu Jual Penapis Air” – Faizal AF4 Perjelas Kehilangan Diri Dari Dunia Hiburan, Cuba Buat Pelbagai Kerja first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts